Peninjau polis akan guna motor terbang???Jangan terkejut, ini bukan di Malaysia tapi di Dubai!

0

Dubai bakal menjadi negara nombor satu didunia menggunakan motor terbang sebagai pengangkutan peninjau polis pada tahun 2020.

Hoverbike merupakan unit jentera pertama bertujuan untuk membuat tinjauan bagi kawasan yang sukar dijangkau atau dicapai.

Rangka Hoverbike S3 diperbuat menggunakan pelbagai teknologi serat karbon dan struktur kerusi perintis dibina membolehkan seseorang duduk dengan selesa.

Motor terbang ini dipadankan sistem perlepasan dan pendaratan auto dengan tetapan altitud dan pilihan kawalan jauh.

Berat Hoverbike adalah 114 kg (253 paun) yang dihadkan oleh undang-undang dan boleh terbang pada kelajuan 96km dengan ketinggian 5 meter (16 kaki) dari tanah.

Hoverbike S3 mengandungi bateri jenis hibrid dengan kapasiti 12.3 kWh yang mampu terbang sehingga 40 minit dalam mod drone.

Masa penerbangan sebenar dengan juruterbang adalah antara 10 hingga 25 minit bergantung kepada berat dan keadaan cuaca.

Bateri LiNiMnCoO2 – Nikel mangan litium membolehkan pengecasan pantas dalam masa kurang daripada 2.5 jam tanpa mengeluarkan bateri.

Model S3 ini juga termasuk sistem keselamatan triple: elektronik (pendaratan kecemasan, sistem amaran bunyi dan visual, pemeriksaan anti-gangguan), mekanikal (kill switch) dan pasif (embedded deformation zones, power fences, and protective elements for the pilot from carbon with reinforcement)

Leave a Reply