Pengusaha kedai gunting rambut dan perubatan tradisional belum bersedia untuk beroperasi

0

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia menyatakan sebilangan besar pengusaha kedai gunting (Barber Shop) dan perubatan tradisional masih belum bersedia untuk beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 April ini.

“Masih ramai pengusaha perkhidmatan ini merasakan belum tiba masanya untuk mereka membuka perkhidmatan kerana risau tentang kesihatan.

“Risiko mereka sama seperti doktor dan staf kesihatan yang berdepan secara langsung dengan pesakit,” tulis mereka pada perkongsian berkenaan.

Pengumuman terbaharu oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah turut memberitahu kajian bedah siasat menunjukkan masih terdapat virus pada permukaan mayat dan info berkenaan menambahkan lagi kerisauan buat para pengusaha.

Ditambah pula dengan penularan berita kematian seorang tukang gunting rambut di luar negara disebabkan jangkitan COVID-19.

Pihak kementerian dan Public Health Malaysia turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pengusaha kedai gunting rambut, perubatan tradisional yang memahami situasi dihadapi negara dan tidak mahu menjadi punca kluster COVID-19

Malah mereka turut berharap pihak berwajib antranya Ministry of International Trade and Industry (MITI) dapat berbincang semula bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu ini.

KAMI TIDAK MAHU MEMBAHAYAKAN DIRI – BARBER/PERUBATAN TRADISIONALBaru-baru ini kerajaan mengumumkan kedai gunting…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Jumat, 10 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply