Pengunjung R&R perlu rekod maklumat diri secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera

0

Memetik ucapan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas : Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi, beliau memaklumkan beberapa SOP di kawasan Rehat & Rawat (R&R) yang telah mula beroperasi.

Kelmarin merupakan hari kedua pelaksanaan PKPP dan dijangkakan orang ramai akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing apabila sekatan rentas negeri dibuka sepenuhnya dan jalan raya dijangka akan dipenuhi dengan kenderaan mulai hari ini sehingga hari Ahad.

Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melakukan pemantauan aliran trafik yang dijangka akan lebih sibuk di lebuhraya dan jalan-jalan yang lain.

Selain itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan SOP bagi kawasan R&R seperti pembersihan dan sanitasi premis secara kerap, merekod suhu badan pengunjung dan menyediakan kemudahan basuh tangan dengan sabun ataupun hand sanitizer.

“Pengunjung di R&R perlu merekod nama, nombor telefon dan suhu badan melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual melalui logbook yang disediakan di premis-premis jualan yang dibuka.

https://twitter.com/mindefmalaysia/status/1271329297391730693?s=12

“Manakala bagi umat Islam yang ingin menunaikan ibadah solat di surau R&R, pihak berjuasa telah pun memberikan kebenaran untuk pembukaan semula surau di R&R namun jumlah pengguna surau terpaksa dihadkan bagi memastikan penjarakan sosial dapat dipatuhi,” ujar beliau.

Walaubagaimanapun, beliau berkata kawasan taman permainan kanak-kanak di R&R masih lagi ditutup manakala gerai-gerai makan hanya dibenarkan beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja.

Beliau turut meminta agar orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP R&R yang ditetapkan dan juga mengamalkan disiplin diri apabila berada di kampung halaman.

Selamat pulang ke kampung halaman, drive safe ya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply