Penguatkuasaan PKPB di kolam pancing

0

Memancing merupakan sebahagian daripada aktiviti riadah yang dibenarkan di dalam sektor sosial namun sekiranya melibatkan kumpulan yang ramai ianya termasuk di dalam senarai yang dilarang.

Susulan berlakunya ketidakpatuhan SOP di kalangan pengusaha kolam pancing, kerajaan hari ini memutuskan untuk menguatkuasakan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lokasi terbabit.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, aktiviti memancing di tempat atau kawasan yang luas seperti tepi sungai, pantai, kuala atau tasik yang tidak memerlukan penggunaan bot dan sampan dibenarkan kecuali aktiviti di kolam pancing.

Ini kerana memancing di kolam boleh berlakunya kesesakan ruang dan kepadatan jarak di antara satu sama lain disebabkan ruangnya yang kecil.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media hari ini menegaskan sekali lagi apa sahaja aktiviti yang menyebabkan berkumpulan adalah dilarang dan boleh dikenakan kompaun bagi yang ingkar.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply