Pengikut Instagram sekolahkan Rita Rudaini mengenai vaksin Covid-19

0

Tatkala pemberian vaksin Covid-19 sedang lancar dilaksanakan di negara kita, pelbagai perkongsian memberansangkan mengenainya dikongsi menerusi laman media sosial dan media masa.

Namun, terdapat juga beberapa perkongsian yang kurang memihak kepada perkara ini. Pelbagai tanggapan dan impak buruk disajikan yang pasti sedikit sebanyak mempengaruhi, menakutkan dan seterusnya membantut niat untuk mendapatkan suntikan ini.

Selebriti tanah air, Rita Rudaini menerusi platform Instagram peribadinya telah berkongsi beberapa rakaman video sisi kurang baik dan kurang menyakinkan mengenai vaksin Covid-19.

Walaupun Rita tidak meletakkan apa-apa caption negatif, namun pengikut faham akan apa yang ingin pelakon berusia 44 tahun itu ingin sampaikan. Sudah tentu perkongsian sebegitu menerima kecaman dan tidak kurang sokongan pengikutnya.

Membalas komen peminat bahawa terserah kepadanya untuk berkongsi apa saja di Instagram peribadinya, ada pengikut yang menasihati Rita agar berhati-hati dengan perkongsian yang tidak pasti akan kebenarannya.

Beberapa pembaca turut merasakan Rita sepatutnya menggunakan platform itu sebaik mungkin untuk menyebarkan perkara bermanfaat kepada dua juta pengikutnya.

Walaupun pengambilan vaksin itu tiada paksaan dan hak masing-masing, pengikut menasihati agar Rita setidak-tidaknya hargai usaha, jasa dan pengorbanan ‘front liner’ dan tidak ‘meracun’ pengikut dengan perkongsian sebegini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply