Penghantaran pulang penuntut IPT ke Sabah dan Sarawak dipercepatkan

0

Penghantaran pulang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dijadualkan pada 28 Mei ini akan dipercepatkan pada tarikh 26 Mei 2020.

Mesyuarat Khas pagi tadi melalui perbincangan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah bersetuju mempercepatkan proses penghantaran pelajar ke Sabah dan Sarawak daripada tarikh yang dijadualkan.

Penghantaran pulang dijadualkan pada Selasa ini iaitu bersamaan Hari Raya Ketiga melibatkan seramai 1,480 pelajar.

Kira-kira empat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu akan membawa pulang seramai 1,148 pelajar, manakala dua penerbangan turut dijadualkan dari Kuching ke Kuala Lumpur melibatkan 332 pelajar.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. (23 Mei 2020)

Dikirim oleh RTM – Radio Televisyen Malaysia pada Jumat, 22 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply