Penghantaran pulang pelajar IPT di kawasan zon hijau bermula hari ini

0

Pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing secara berperingkat-peringkat mulai hari ini kecuali bagi yang tinggal kawasan zon merah dan juga kuning.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad dalam satu kenyataan berkata bagi pelajar yang berada dalam zon hijau dibenarkan pulang ke rumah yang juga kawasan kategori zon hijau.

“Persiapan rapi sedang dilakukan bagi menghantar para pelajar dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Maj|lis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di lPT yang telah dikenalpasti pulang ke destinasi masing-masing.

“Aspek keselamatan dan kesihatan pelajar adalah prioriti utama ketika pergerakan pelajar berlangsung dan setiap perkhidmatan pengangkutan akan diringi oleh seorang pegawai perhubungan (liaison officer) yang akan mempunyai senarai lengkap pelajar.

“Ujian saringan gejala (suhu badan, sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas) akan dijalankan oleh KKM dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum pergerakan pelajar dan para pelajar turut diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial (social distancing), memakai topeng muka (face mask) di sepanjang Perjalanan dan mengamalkan kebersihan dengan memakai hand sanitizer,” ujar beliau.

Menurutnya, KPT telah menyediakan garis panduan sebagai rujukan kepada agensi berkaitan, pelajar dan ibu bapa dalam proses pergerakan pelajar IPT ini malah Bilik Gerakan KPT akan beroperasi selama 24 jam bagi membantu para pelajar dan ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

[KENYATAAN MEDIA] PERGERAKAN PULANG PELAJAR IPT KE KAMPUNG HALAMAN MULAI 27 APRIL 2020#StayAtHome #KitaJagaKita #KitaMestiMenang

Dikirim oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Minggu, 26 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply