Penghantaran pelajar IPT secara berperingkat bermula 27 April melibatkan kawasan zon hijau

0

Para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkandas di kampus masing-masing dibenar pulang pada 27 April.

Sehubungan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah membentangkan ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) proses penghantaran pulang pelajar IPTA dan IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) do mesyuarat khas pada hari ini.

Penghantaran pulang akan dibuat secara berperingkat melibatkan kawasan zon hijau sahaja termasuk pelajar di Kolej Politeknik dan Kolej Komuniti.

Manakala, waktu perjalanan bermula jam 9.00 malam sehingga 9.00 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan pergerakan besar pada waktu siang.

KERAJAAN AKAN MEMBENARKAN PERGERAKAN PENGHANTARAN PULANG PELAJAR IPT KE KAMPUNG BERMULA 27 APRIL 2020Penghantaran…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 24 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply