Penggabungan UMT dan UniSZA akan padam kejayaan dan identiti yang telah dicapai – Menteri Pengajian Tinggi

0

Penggabungan di antara dua universiti melibatkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak akan diteruskan.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad dalam satu kenyataan berkata keputusan tidak meneruskan penggabungan ini adalah sejajar dengan persetujuan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa.

Menurutnya, UMT dan UniSZA masing-masing mempunyai fokus tujahan yang berbeza dari segi penyelarasan fakulti, akademik dan institusi penyelidikan yang sedia ada.

“Justeru Kementerian mengambil serius pandangan setiap warga universiti dalam melaksanakan penggabungan ini dan telah meneliti implikasi jika penggabungan ini diteruskan terutamanya terhadap pembangunan pelajar bagi kedua-dua universiti.

“Penggabungan UMT dan UniSZA juga akan memadamkan kejayaan yang telah dicapai dalam mencipta identiti dan mengembangkan fokus tujahan masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa,” jelas beliau.

Bahkan, beliau turut menyatakan jika penggabungan ini diteruskan ia mungkin akan melibatkan kos yang tinggi justeru pihak kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama di antara dua universiti ini.

[KENYATAAN MEDIA] Keputusan tidak meneruskan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).22 Mei 2020

Dikirim oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Jumat, 22 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply