Pengerusi Perbadanan Labuan bukan dipecat tetapi gugur sendiri

0

Jemaah Menteri telah membuat keputusan semua pelantikan politik Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah tergugur secara automatik.

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

“Mesyuarat jemaah menteri pada bulan lalu telah membuat keputusan mengenai perkara itu, semua pelantikan politik, FELDA, RISDA, KADA, cuma Perbadanan Labuan lambat sikit” ujarnya kepada pemberita.

Terdahulu sebuah portal berita melaporkan jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) yang dilantik kerajaan PH Datuk Seri Amir Hussein telah dibatalkan oleh Tan Sri Annuar.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz ‘membetulkan’ tajuk berita portal Borneo Today yang mendakwa ‘Annuar Musa pecat Pengerusi Perbadanan Labuan’.

“Laporan yang salah dari Borneo Today dan berniat jahat, tiada pemecatan, apa yang berlaku adalah mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan bahawa pelantikan politik PH tergugur dengan sendiri,” katanya.

Leave a Reply