Pengembara Malaysia, Singapura dibenar guna VTL Land

0

KUALA LUMPUR 14 Dis – Berkuatkuasa Isnin ini, semua kategori pengembara warga Malaysia dan Singapura dibenarkan menggunakan Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL Land) bagi memasuki Malaysia dan Singapura.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), berkata, keputusan itu dibuat susulan peningkatan permintaan bagi menggunakan inisiatif berkenaan.

“Pemastautin tetap Malaysia masih boleh memasuki Malaysia menggunakan VTL-Land. Pengembara wajib divaksinasi sepenuhnya.

“Bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi, mereka harus ditemani ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MITI dalam kenyataan turut memberitahu, pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian saringan COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan negara masing-masing.

“Pada masa ini, VTL-Land masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja. Perkhidmatan bas VTL-Land akan menawarkan tiket untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa.

“Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan di Malaysia akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) manakala di Singapura akan menggunakan Terminal Queen Street (QST) dan Woodlands Temporary Bus Interchange (WTBI),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sebelum membuat pembelian tiket, pengembara yang ingin masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land dikehendaki mendaftar di https://mysafetravel.gov.my,manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, dikehendaki mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal.

Dalam pada itu, orang ramai boleh mendapatkan perincian lanjutmengenai keperluan VTL-Land di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply