Pengembala lembu didakwa bunuh kerani

0

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Permatang Ara, Taman Seruling Emas, Sungai Jawi, Nibong Tebal antara 3 hingga 4 pagi pada 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, M Kirubakaran, 29, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aziana Azib.

Dalam pada itu di mahkamah sama, Kirubakaran mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya.

Tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ketika pemeriksaan ujian saringan air kencing ke atasnya dibuat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan kira-kira jam 1 pagi pada 29 Ogos lalu.

Kirubakaran didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan semula pada 8 November depan untuk laporan bedah siasat dan patologi.

Tiada ikat jamin (kes dadah) diberikan kepada tertuduh berikutan dia berdepan dengan pertuduhan bunuh.

Media melaporkan seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tragis di bawah katil selepas dipercayai dirogol dan diliwat oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Mangsa dilaporkan maut selepas mulutnya disumbat dengan seluar dalam dan ditekup ketika mangsa meronta selepas suspek memecah masuk rumah itu kira-kira jam 2 pagi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply