Pengeluaran i-Akaun yang diluluskan akan dibayar bermula hari ini

0

Bayaran Pengeluaran i-Akaun yang diluluskan akan dikreditkan kedalam akaun bank ahli bermula hari ini, 4 Mei sehingga 18 Mei.

Para pencarum akan dimaklumkan melalui kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank sekiranya akaun mereka adalah aktif dan tidak dibekukan.

Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank ahli bagi tujuan pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran di pihak bank masing-masing yang mungkin mengambil tempoh satu hingga tiga hari dari tarikh KSP membuat pindahan.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata sejak pelancaran i-Lestari pada awal bulan April 2020, pihaknya telah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.

“Pihak KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.

“Lanjutan daripada perbincangan itu, kami telah bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan dan jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal.

“KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun kami khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka dan berharap ahli telah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka, kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan,” ujar beliau.

Menurut beliau, setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, pihaknya menggesa ahli dan pencarum KWSP untuk membuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan yang akan membantu mengkaji serta merangka semula rancangan persaraan mereka.

Untuk rekod, Kumpulan Wang Simpanan Pekeria (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia.

Ia ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbalik.

Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh.

Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply