Kejam! Pengasuh ikat anak asuhan, biarkan kelaparan

0

Luluh hati seorang ibu apabila melihat di depan mata sendiri anak kesayangan berusia tiga tahun diikat dalam keadaan meniarap di rumah pengasuhnya.

 

Kanak-kanak malang bernama Muhammad Nor Nalis Esma Abdullah itu ditemui ibunya, Nalita Ahmad, 38 tahun dalam keadaan memilukan semasa dia melakukan intipan ke rumah pengasuh itu di Butterworth Pulau Pinang, jam 10 pagi semalam.

 

Menurut si ibu, lebih menyedihkan apabila dia  mendengar sendiri pengakuan pengasuh bahawa anak bongsunya itu bukan sahaja diikat, tetapi turut dipukul dan dibiarkan kelaparan beberapa kali sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian itu.

Menurut beliau, sebaik menerima laporan ibu mangsa, pengasuh itu ditahan malam tadi dan disoal siasat sebelum mengambil sebarang tindakan dan dijatuhi hukuman.

Diharapkan agar ibu bapa penjaga di luar sana sentiasa peka dan mengambil berat akan perubahan tingkahlaku dan fizikal anak-anak.

Jika ada aduan atau reaksi negatif dari anak-anak berkenaan pengasuh atau pusat penjagaan, janganlah mengambil lewa dan berbuat sesuatu agar kebajikan anak terus terpelihara.

Bukan sekadar anak, malahan kanak-kanak lain yang mungkin menjadi mangsa.

Buat jiran-jiran, jika terdengar atau mengesyaki sesuatu yang tidak baik, bertindaklah dengan membuat laporan segera.

Bukan niat mengambil tahu tepi kain orang, tetapi ambil berat keadaan di persekitaran anda.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply