Pengasuh durjana sepak, pijak dua beradik direman 7 hari

0

Di Taman Bukit Kempas, Johor Bharu, dua kanak-kanak lelaki menjadi mangsa dera pengasuh mereka.

Kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik berusia dua dan tiga tahun mengalami lebam pada anggota badan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa pada pukul 5.31 petang semalam.

Lapor media, bertindak atas laporan, polis menahan pengasuh berusia 37 tahun dan suaminya berusia 57 tahun serta seorang remaja perempuan bawah umur yang juga merupakan anak saudara pasangan itu.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa dihantar kepada pangasuh sejak 2018 ketika berusia setahun dan enam bulan.

“Pada 10 Jun lalu, kira-kira pukul 3 petang, kedua-dua mangsa telah didera oleh pengasuhnya dengan cara dipukul, disepak dan dipijak,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah di sini dan pemeriksaan mendapati mereka mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’.

Pengasuh dan suaminya ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 Julai depan manakala remaja perempuan direman selama tiga hari sehingga Isnin depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply