Pengarah Filem Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia dalam tidur

0

KUALA LUMPUR 29 Ogos 2019 : Pengarah drama dan filem Melayu terkenal , YM Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia awal pagi tadi.

Beliau dipercayai meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Bandar Seri Damansara, Petaling Jaya sekitar jam 6 pagi tadi (Khamis).

Antara drama dan filem arahan Allahyarham Raja Ahmad Alauddin yang terkenal antaranya Ariana Rose, Demi Cinta Ain, Hanya Di Atas Kertas, Mencintaimu, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Hati Bukan Kristal, Kayangan, Lurah Dendam, Qaisy dan Laila.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam bidang pengarahan filem, Allahyarham pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi filem yang dilakonkan aktor Ridzuan Hashim bersama primadona Erma Fatima dan Julia Rais iaitu Hati Bukan Kristal.

Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Leave a Reply