Pengarah drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin alami sakit ‘Anxiety Disorder’

0

Pasti ramai yang mengalami debaran dan keresahan atas sesuatu perkara dan keadaan.

Ianya merupakan sebahagian dari perasaan normal manusia dalam kehidupan.

Lazimnya, perasaaan panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah dan bersifat sementara.

Namun terdapat sesetengah orang mengalami keresahan terlalu kerap sehingga ianya bertukar menjadi satu gangguan dan keadaan yang tidak normal yang dipanggil ‘Anxiety Disorder’.

Anxiety Disorder atau kebimbangan dan keresahan melampau walaupun tidak mempunyai rangsangan yang khusus yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang itu terganggu.

Begitu juga yang telah dialami oleh pengarah drama bersiri popular ‘Nur’ yang dikenali sebagai Budak Ijat atau nama sebenarnya, Shahrulezad Mohameddin.

Budak Ijat telah memuat naik satu entri di laman Instagram berkenaan penyakit anxiety yang sedang dilaluinya.

“Pagi ni my anxiety attack me back. Stay strong ezad. InsyAllah Allah akan permudahkan semua urusan kita. Serahkan semuanya pada Allah yg maha mengetahui. Amin Ya Rabbal Alamin ????” tulisnya.

Di ruangan komen Instagramnya, rakan-rakan artis dan juga para pengikutnya mendoakan agar sakit yang dialami oleh pengarah terkenal ini sembuh.

Terdahulu, pelakon popular Datin Diana Danielle pernah berkongsi pengalaman ketika diserang penyakit ini dan dia juga telah berkongsi tips untuk mencegah dan penjagaan bagi mereka yang menghidap ‘Anxiety Disorder’ di laman Instagramnya.

Leave a Reply