Pengantin positif COVID-19 teruskan majlis kahwin

0

Pasangan pengantin bernekad meneruskan majlis perkahwinan mereka walaupun pihak perempuan telah disahkan positif virus COVID-19 beberapa jam sebelum majlis berlangsung.

Mereka yang berasal dari sebuah perkampungan bernama Baran di Utara India melangsungkan majlis perkahwinan tersebut di halaman pusat kuarantin di situ pada hujung minggu lalu.

Menurut pegawai kesihatan, Rajendra Meena, pengantin perempuan bertegas mahu meneruskan perkahwinan yang sudah dirancang walaupun dia telahpun dimasukkan ke pusat kuarantin bagi tujuan rawatan dan pemantauan.

Pasangan pengantin itu tampil sedondon dengan sut Hazmat berwarna biru lengkap dengan pelitup dan pelindung muka, melafazkan ikrar perkahwinan di bawah kanopi berwarna merah yang menghadap bara api.

Sementara itu, paderi yang mengendalikan majlis turut dilengkapi sut hazmat berwarna putih bersama hud seakan-akan angkasawan sambil lagu perkahwinan tradisional dimainkan.

“Kami telah dimaklumkan oleh ahli keluarga pasangan pengantin bahawa mereka telah bersetutju untuk melangsungkan perkahwinan di pusat kuarantin tanpa tatacara majlis perkahwinan yang biasa,” kata Meena.

Dilaporkan majlis perkahwinan di India adalah satu acara yang amat meriah yang turut disertai tetamu dan saudara mara.

Namun, beberapa negeri di India terpaksa melaksanakan perintah mengurangkan kapasiti tetamu dalam usaha mengawal penularan COVID-19.

Untuk rekod, India melaporkan sejumlah 9.6 juta kes positif COVID-19, menjadikannya negara kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply