Penganjuran kejohanan tempatan tanpa penonton, tiada sentuhan fizikal dibenarkan bermula 15 Julai

0

Penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton sukan, tiada bersentuhan fizikal (non-contact sports) seperti sukan permotoran dan sukan individu akan dibenarkan bermula 15 Julai depan.

Kebenaran ini adalah termasuk perlumbaan permotoran seperti lumba motosikal dan kereta di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan litar-litar tempatan yang lain.

Kejohanan badminton perseorangan, tenis perseorangan, gymnastic perseorangan, terjun papan anjal serta kejohanan catur juga dibenarkan penganjurannya.

Selain dari itu, sukan berpasukan termasuk bola sepak, ragbi, bola keranjang, takraw dan sukan tempur seperti karate, silat, taekwondo juga tersenarai dalam senarai sukan yang dibenarkan.

Bagi pengusaha padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan dan akademi juga dibenarkan beroperasi semula bermula tarikh yang sama.

Walaubagaimanapun bagi penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton (local competition and tournament without spectator) seperti sukan bersentuhan fizikal untuk sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw, bola keranjang, skuasy dibenarkan bermula 15 Ogos.

Pelaksanaan aktiviti sukan dan penganjuran kejohanan ini perlu diadakan dalam keadaan yang terkawal (controlled environment) oleh operator premis dan penganjur acara.

Namun begitu setiap SOP Am Pengurusan, SOP Am Pra-Penganjuran dan SOP Am Penganjuran tetap dipatuhi.

Kesemua SOP ini akan dimuat naik oleh MKN dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat sebagai rujukan.

Dalam pada itu kerajaan menegaskan penganjuran kejohanan dan pertandingan hanya terhad kepada acara atau kejohanan tempatan sahaja iaitu tanpa penonton dan tidak melibatkan ‘mass gathering’ peserta.

Namun bagi penganjuran acara antarabangsa yang melibatkan peserta dari luar negara masih tidak dibenarkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply