Malang tidak berbau, itulah perumpamaan yang sesuai kejadian yang menimpa anak perempuan pemilik Facebook Nur Hidayah Baharom.
Nur Hidayah telah memuat naik entri di laman Facebooknya dan menceritakan kecederaan yang berlaku ke atas anaknya, Nur Alisha Safiya Mohd Khairul Anuar akibat tersembam ketika bermain wisel gegulung tiub di jamuan sambutan hari lahir.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1251554868370278&id=100005473297069
Menurutnya, ketika anaknya yang berusia dua tahun itu sedang seronok bermain, tiba-tiba Nur Alisha jatuh tersembam yang menyebabkan wisel berkenaan terjolok masuk ke dalam mulut serta menyebabkan bahagian atas mulut anaknya telah terkoyak.
Kejadian berkenaan berlaku dihadapan matanya sendiri dan dalam sekelip mata darah banyak keluar tanpa henti dari mulut anaknya.
Melihat keadaan anaknya yang menangis tanpa suara sehingga sudah kebiruan, dia memberi anaknya minum air sejuk dan bergegas membawa anaknya ke Klinik Pakar Telinga, Hidung & Tekak (T.H.T).
Doktor di klinik terbabit membuat satu surat pemberitahuan rawatan untuk diserahkan kepada pakar yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah ,Johor Bahru.
Pakar yang merawat anaknya memaklumkan kecederaan anaknya itu perlu dijahit.
Nur Hidayah memberitahu perkongsiannya ini bertujuan untuk berkongsi sekaligus memberi peringatan untuk dirinya dan ibu bapa lain supaya tidak terleka ketika anak-anak sedang bermain meskipun permainan itu hanyalah satu penyedut minuman plastik (straw).
Di akhir entri, dia meminta warganet untuk mendoakan agar anaknya kembali sembuh dan sihat.