Penerima lengkap dua dos vaksin boleh rentas daerah, negeri

0

Mulai Selasa ini, individu yang sudah menerima vaksin dua dos dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri.

Perkhabaran gembira ini dikhususkan kepada individu yang menetap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sijil digital vaksinasi COVID-19 perlulah ditunjukkan kepada anggota keselamatan di sekatan jalan raya.

Sementara itu, individu lengkap dua vaksin juga dibenarkan untuk menunaikan solat di masjid dan surau.

Kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah dua minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin juga berkata aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan turut dibenarkan.

Aktiviti dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor).

Ia termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap.

“Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan,” katanya ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenana kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap siang tadi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply