Pendaftaran kelahiran ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

0

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan pihaknya tidak akan melaksanakan urusan pendaftaran kelahiran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Justeru itu, sekiranya berlaku kelahiran dalam tempoh berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac 2020, para ibu bapa boleh menangguhkan pendaftaran kelahiran untuk anak mereka.

Dalam pada itu, JPN berkata pendaftaran bagi kelahiran di Semenanjung Malaysia boleh didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut, manakala bagi kelahiran Sabah dan Sarawak dalam tempoh 42 hari.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply