Pendaftaran kelahiran dan kematian dilanjut 90 hari selepas tamat tempoh PKP, bayaran penalti dikecualikan

0

Kerajaan mengumumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan perkhidmatan pendaftaran sijil kelahiran dan sijil kematian tidak akan beroperasi.

Justeru itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran selama 90 hari selepas PKP ditamatkan serta bayaran penalti akan dimansuhkan.

Manakala, bagi kes kehilangan kad pengenalan, sijil kematian dan sijil kelahiran urusan penggantian dokumen boleh dilakukan dengan membuat temujanji di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat atau mendaftar dalam tempoh 90 hari selepas PKP.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran selama 90 hari selepas tempoh PKP…

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Minggu, 19 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply