Pencinta kucing perlu tahu info ini

0

Perhatian kepada pencinta kucing!

Kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan ‘Bartonella Henselae’.

Melalui perkongsian laman info kesihatan menyatakan kajian menunjukkan 40 peratus kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.

Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai ‘Cat Scratch Fever’.

Dalam tempoh tiga hingga 14 hari, luka akan kelihatan merah, membengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.

Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin ada demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala.

Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung.

Kanak-kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.

Di Amerika Syarikat setiap tahun kira-kira 15 ribu individu dijangkiti dengan penyakit ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang luka, elak dari dijilat kucing.

Jika anda dicakar kucing pastikan luka dibasuh segera dengan air sabun.

Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat.

Sekarang anda tahu mengapa mata kiri pelakon tersohor Hollywood, Nick Fury menjadi buta walaupun hanya dicakar kucingnya yang dipanggil ‘Goose’🙀.

Hati-hati guys😸

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply