Pencarum disaran daftar Program Pengeluaran KWSP I-Lestari secara online

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Program Pengeluaran KWSP I-Lestari yang membolehkan pencarum berusia bawah 55 tahun mengeluarkan wang simpanan melalui akaun dua maksimum RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan bermula 1 April.

Memetik perkongsian info dari laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia, jabatan berkenaan memuatnaik video Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerangkan setiap pencarum boleh membuat pendaftaran mahupun permohonan secara email atau pos bermula 1 April depan.

Bagi pendaftaran secara atas talian (online), pencarum boleh mendaftar bermula 1 Mei dan akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing pada bulan yang sama.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157651830748884&id=230445633883?sfnsn=mo

Pihak KWSP menyarankan pencarum membuat pendaftaran secara online bermula 1 Mei kerana proses online lebih cepat dan tepat malah hanya mengambil masa tiga hari sahaja untuk diproses.

Permohonan secara email dan pos mungkin memakan masa yang lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih terperinci bagi melindungi keselamatan akaun pencarum.

Bagi memudahkan urusan, pencarum boleh menggunakan kaedah yang telah disarannkan dan tidak perlu hadir ke pejabat KWSP bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pihak KWSP juga berharap setiap pencarum tidak tertipu dengan mana-mana skim penipuan sebaliknya hanya berurusan dengan pihak KWSP melalui akaun rasmi pencarum sahaja.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply