Pencarum KWSP dibenar keluarkan wang simpanan akaun dua maksimum RM500 sebulan

0

Bermula 1 April, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan melalui akaun dua.

Menerusi kemudahan pengeluaran i-Lestari, pengeluaran tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan bagi tempoh selama 12 bulan.

Kenyataan Sidang Media Perdana Menteri.

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Minggu, 22 Maret 2020

Inisiatif ini akan diberi manfaat kepada 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai kira-kira RM40 juta.

“Saya berharap dengan inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman kwsp bekerja sebanyak 4% yang akan berkuatkuasa pada April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang harian.

“Nasihat saya pada anda yang menerima manfaat ini gunakan lah sebaik mungkin dan membeli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini.

“Yang penting pastikan setiap hari pembekalan makanan mencukupi untuk seisi keluarga dan juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung pembayaran bil air atau elektrik ataupun sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media.

Ikuti Sidang Media Khas berkenaan COVID-19 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,Perdana Menteri Malaysia.

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Minggu, 22 Maret 2020

  • *Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply