Penambahan kes baharu setiap hari, kerajaan negeri Victoria perketat kawalan pergerakan

0

Victoria, Australia terus mencatat ratusan kes baharu COVID-19 selama 14 hari berturut-turut.

Ketua Negeri, Daniel Andrews berkata sebanyak 233 kes baharu yang dikesan sejak beberapa minggu lalu merupakan satu ancaman kepada penduduk di Victoria.

Justeru kerajaan negeri memutuskan memperketatkan semula kawalan pergerakan bermula esok susulan peningkatan wabak berkenaan di beberapa bandar utama.

“Peningkatan kes pandemik dikesan ekoran daripada ketidakpatuhan arahan oleh pelancong yang dikenakan perintah kuarantin.

“Berhubung perkara ini, arahan siasatan terhadap pihak pengurusan dibeberapa hotel yang dijadikan pusat kuarantin telah dikeluarkan.

“Operasi penerbangan antarabangsa yang mendarat di Melbourne juga disekat bagi mengurangkan kemasukan pelancong,” kata Andrews dalam satu kenyataan media.

Kerajaan Negeri Victoria di Australia dilaporkan akan ketatkan semula kawalan pergerakan dengan arahan duduk di rumah…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 30 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply