Pemuda PN lancar aplikasi AkuPN, platform permudah pencarian pekerjaan

0

Berita baik untuk para belia Malaysia.

Pemuda Perikatan Nasional, PN melancarkan Platform Akar Umbi Pemacu Negara atau AkuPN yang menampilkan tiga aplikasi khusus bagi memperkasa belia dan membantu orang ramai menjana pendapatan, mencari pekerjaan, meningkatkan skil dan memulakan langkah dalam bidang keusahawanan.

Di bawah ekosistem digital itu, orang ramai boleh mencipta dan memaparkan resume masing-masing, memilih dan menyertai pelbagai latihan kemahiran.

Ia termasuk meraih dana untuk keperluan perniagaan dengan jumlah maksimum RM10,000 menerusi pilihan menu ‘Cari Kerja,’ ‘Skil’ dan ‘Sapot.’

Platform ini dibangunkan atas inisiatif Pemuda PN mendapat kerjasama antaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Halal (HDC), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta Tekun Nasional.

Menurut Ketua Pemuda PN, YB Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, dengan pelbagai program latihan kemahiran disediakan kerajaan melalui Belanjawan 2021 dan Pakej Rangsangan Ekonomi serta potensi usahawan tempatan yang harus digembeleng inovasi dan produktiviti mereka, pihaknya terpanggil untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada orang ramai.

“Maka Pemuda PN ingin mengajak seluruh rakyat khususnya anak muda Malaysia untuk bersama menyertai dan mendaftarkan diri sebagai komuniti AkuPN. Yakinlah setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab signifikan demi masa depan kita semua”, katanya dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang https://akupn.my/

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply