Hanya menggunakan air kopi sebagai bahan lukisan, mampu menghasilkan sebuah potret yang begitu cantik dan kreatif.
Pemuda lulusan Sarjana Muda Seni Bina Landskap, Falihin Jasmi memilih wajah Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai karya seni lukisannya.
Hasil potret yang di muat naik olehnya @FLjasmy di laman Twitter, @FLjasmy turut mendapat pujian dari anakanda baginda Tuanku, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in Billah & Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah in coffee art painting by me. pic.twitter.com/5lLXe12uA6
— falihinjasmi (@FLjasmy) September 30, 2019
Di ruangan komen pula warganet amat teruja dengan hasil potret berkenaan dan memberi pujian di atas bakat dan kebolehan luar biasa Falihin Jasmi.