Peminat PUBG dan Mobile Legends, jom sertai Kejohanan “Terengganu Mobile Games”

0

Bersempena Conference On Digital And Intelligent Technology 2020, Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan kejohanan “Terengganu Mobile Games” dalam waktu terdekat dengan menawarkan hadiah wang tunai cukup lumayan.

Ini merupakan berita baik untuk anda khususnya warga Terengganu yang mengemari permainan video Mobile Legends (ML) dan PlayerUknown’s Battleground (PUBG).

Anda berpeluang menjadi sebahagian daripada pemenang yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM700 (ML) dan RM600 (PUBG).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1251807338543702&id=806079696449804&sfnsn=mo

Anjuran dengan kerjasama Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 Mac 2020.

Kejohanan e-sukan tersebut akan bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu bermula jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang.

Syarat kejohanan terhad kepada 25 ahli sahaja untuk PUBG dan 16 ahli Mobile Legends dengan yuran penyertaan masing-masing sebanyak RM20 (PUBG) dan RM25 (ML) per kumpulan.

Tarikh pendaftaran akan ditutup pada 14 Mac 2020, maka untuk anda yang berminat jangan lepaskan peluang ini dan daftarlah sekarang dengan memuat turun borang penyertaan di https://forms.gle/2n24cgpCcYNgLg5m7

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply