Peminat kembali berspekulasi tentang rumahtangga pelakon Sharnaaz Ahmad

0

Muat naik paparan gambar yang dipercayai Bangunan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta menimbulkan kembali desas desus kurang enak tentang hubungan Noor Nabila dan suami nya Pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Dalam masa yang sama, aktor Sharnaaz Ahmad turut memuat naik perkataan ‘sabar’ di insta story milik beliau.

Terdahulu, timbul spekulasi bahawa rumah tangga pasangan ini bermasalah apabila hero yang mendapat jolokan Jebat menerusi drama kesukaan ramai Bukan Kerana Aku Tak Cinta seringkali memuat naik status sedih di Instagram miliknya.

Kini para pengikut dan peminat pelakon ini kembali berspekulasi tentang status hubungan pasangan suami isteri ini apabila masing-masing berkongsi gambaran dan kiasan berkenaan.

Terkini, di Instagram milik Noor Nabila pada status gambar anak sulung beliau, para pengikut dan peminat memberi kata semangat dan positif di atas perkembangan terbaru yang kembali menjadi bualan hangat ramai.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad serta anak beliau Jebat Jayden.

Leave a Reply