Peminat gembira Wan Sharmila berhijab

0

MasyaAllah cantik sungguh! Itu antara komen peminat di laman Instagram Wan Sharmila apabila pelakon versatile berkenaan dilihat mula berkongsi fotonya berhijab di platform media sosialnya itu.

Gambar yang menampilkan Wan Sharmila mengenakan hijab nyata menggembirakan hati para peminatnya.

Pelakon berkenaan yang kini berada di Osaka Jepun kelihatan selesa memuatnaik gambarnya bertudung.

Dalam pada itu gambar profile Instagram milik Wan Sharmila sudah bertukar dengan gambarnya berhijab.

Buat masa ini belum ada pengumuman rasmi dan kata putus dari pihaknya tentang penampilan terbarunya itu.

Leave a Reply