Pemilihan BERSATU : Razali Idris menang tanpa bertanding

0

Pemilihan BERSATU Terengganu kali ini tampak lebih menarik apabila bakal menyaksikan pertandingan dua dan tiga penjuru membabitkan 7 bahagian BERSATU Negeri Terengganu.

Bagaimanapun kata Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Terengganu Datuk Razali Idris ketika dihubungi The Malaya Post, Bahagian BERSATU Marang kali ini menyaksikan masing-masing menang tanpa bertanding berikutan tiada pencalonan baharu.

“Pemilihan kali ini menyaksikan 8 bahagian dipertandingkan namun hanya Marang semua menang tanpa bertanding termasuk Srikandi dan Armada, saya yakin pemilihan kali ini sangat menarik dan bakal mewarnai politik BERSATU Terengganu. Pencalonan hari ini berlangsung secara aman” , katanya kepada The Malaya Post

Senator Datuk Razali Idris mengekalkan jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Marang tanpa bertanding.

YB Senator Datuk Razali Idris adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang dilantik pada 2016.

Yang pasti pemilihan kali ini terarah kepada dua bekas pemimpin UMNO Terengganu yang kini menyertai Parti BERSATU.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu Dato’ Rosol Wahid mengesahkan pencalonan apabila menyerahkan borang pencalonan awal pagi tadi.

Beliau dikhabarkan bakal berhadapan pertandingan 3 penjuru di Hulu Terengganu.

Manakala Bekas Ketua Bahagian Umno Dungun Datuk Rosli Mohd Hassan juga mengesahkan pencalonan di Bahagian Dungun.

Difahamkan BERSATU Dungun menerima 3 pencalonan.

Ketua Bahagian Parti Bersatu Bahagian Kuala Terengganu Datuk Zulkifli Mohamad juga mengesahkan pencalonan dan bakal bertanding di Bahagian Kuala Terengganu melawan calon lain.

Dengan adanya pertandingan di peringkat cawangan dan bahagian ini pastinya bakal mewarnai lanskap politik BERSATU di Terengganu.

Maklumat lanjut berkenaan pemilihan BERSATU bakal dijelaskan dalam satu sidang media di Kuala Terengganu esok.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengadakan pemilihan peringkat cawangan dan bahagian yang masing-masing dijadualkan berlangsung dari 25 Januari hingga 1 Mac serta 4 April depan.

Sempena persidangan cawangan, BERSATU mengadakan pemilihan barisan jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), termasuk sayap Srikandi serta Armada. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply