Pemberian vaksin kepada remaja berusia 12-17 tahun ditangguh

0

Dewan rakyat dimaklumkan keputusan kerajaan menangguhkan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun dibuat berdasarkan syor dikemukakan kumpulan kerja teknikal kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Keputusan itu selaras dengan langkah United Kingdom (UK) yang menghentikan pemberian vaksin kepada golongan berkenaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu diambil selepas menerima laporan kesan sampingan berlakunya kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung) iaitu sebanyak 40 kes per sejuta dos vaksin Pfizer yang diberikan kepada lelaki berusia 12 hingga 29 tahun.

“Pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah memberi kelulusan untuk vaksin Pfizer diguna pakai untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

“Di Malaysia, penggunaan vaksin bergantung kepada pendaftaran NPRA dan nasihat pakar. Dalam hal ini kumpulan kerja teknikal mengesyorkan JKJAV untuk tangguh dahulu pemberian vaksin untuk remaja 12 hingga 17 tahun.

“Ini selaras dengan keputusan dibuat UK yang mana mereka tangguh dahulu pemberian vaksin kepada golongan,” katanya dalam penggulungan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Khairy berkata, walaupun insiden yang berlaku di UK itu dianggap kecil namun ia masih membimbangkan.

Katanya, penangguhan itu perlu dibuat sehingga kerajaan memperoleh data yang lebih terperinci sebelum meneruskan pemberian vaksin kepada golongan berkenaan.

“Walaupun dalam sebahagian besar kes radang jantung di AS, tidak ada kematian atau kes serius tetapi kita tidak tahu kesan jangka panjang dan sebab itu.

Buat masa ini apa yang diputuskan JKJAV adalah untuk tidak memberi vaksinasi kepada golongan usia 12 hingga 17 tahun.

Bagaimanapun kita akan mengeluarkan garis panduan klinikal pemberian vaksin Pfizer kepada kumpulan remaja yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply