Pembayaran BSH fasa ketiga bermula 24 Julai

0

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai ini (Jumaat) berdasarkan kategori BSH merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai bantuan yang akan diterima.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun).

Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.

Bagi perincian nilai BSH 2020 yang diterima termasuk anak yang layak adalah :

a) Baki BSH 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1:

Pendapatan FASA 3:

i) Bawah RM2000.00 :

Isi Rumah : RM600.00
Bujang : RM400.00

ii) Isi Rumah (RM2,001 – RM3,000) : RM350.00
iii) Isi Rumah (RM3,001 – RM4,000) : RM100.00

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

b) Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang anak) seperti berikut :

BILANGAN ANAK :

i) Satu orang : RM120.00
ii) Dua orang : RM240.00
iii) Tiga orang : RM360.00
iv) Empat orang : RM480.00

Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekaligus pada pembayaran Fasa 3 BSH 2020 dan akan dikreditkan secara terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.

Siaran Media Berkenaan Pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 & Tarikh Permohonan Rayuan -20 Julai 2020

Dikirim oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Senin, 20 Juli 2020

Melalui proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Manakala Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian diportal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transtormasi Bandar (Urban Transformation Centre-UTC).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply