Pembayaran balik GST dijangka selesai tahun ini

0

Kementerian Kewangan Malaysia sentiasa berusaha dalam menambahbaik dan memperkemas kaedah serta proses pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Menteri Kewangan II, Shahar Abdullah mengulas kesemua tunggakan bayaran balik berkenaan dijangka akan dijelaskan sebelum akhir tahun ini.

“Kerajaan komited memastikan pembayaran balik GST dapat diselesaikan dengan baik dan tersusun.

“Buat masa ini kerajaan menghadapi beberapa kekangan yang menyebabkan bayaran balik belum dapat dilunaskan kepada registran GST.

“Antaranya ialah maklumat bank registran tidak sah dan registran gagal memberi maklum balas dan mengemukakan dokumen yang dikehendaki untuk verifikasi,” jawab beliau ketika disoal berkenaan perkara terbabit.

Kerajaan komited memastikan pembayaran balik GST dapat diselesaikan dengan baik dan tersusun..Pagi ini saya menjawab…

Dikirim oleh shahar abdullah pada Minggu, 02 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply