Pematuhan PKP beri impak positif

0

Hari ini genap sebulan negara mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.

Usaha yang dilakukan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 mula menampakkan hasil positif.

Semalam “Pahlawan Perang” gelaran untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes positif harian mula menurun kepada dua angka iaitu 85 kes berbanding tiga angka pada hari sebelumnya.

Jelas itu menunjukkan strategi yang disusun atur menggempur virus COVID-19 dengan melakukan PKP sebelum ini adalah tepat dan berkesan.

Direkodkan jumlah kes pulih harian adalah 169 kes, dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan Selasa yang lalu.

Namun masih terlalu awal untuk rakyat Malaysia menarik nafas lega dengan fakta-fakta terbabit kerana selagi lengkung penyebaran virus belum dapat diratakan, sekiranya masih ada kes kematian direkodkan maka dengan itu negara masih belum bebas sepenuhnya dari penyakit berjangkit ini.

Memetik kata-kata Dato’ Dr Noor Hisham, tempoh PKP tahap ketiga yang kini telah melewati hari kedua merupakan tempoh kritikal dalam menentukan kejayaan menghapus wabak COVID-19.

Hasilnya bukan hanya ditentukan dengan jumlah pakar dan kemudahan kesihatan yang ada di negara ini malah ditentukan juga melalui tahap kepatuhan masyarakat terhadap PKP.

Ketidakpatuhan terhadap arahan itu hanya menyebabkan usaha keras yang dilakukan selama ini oleh para petugas barisan hadapan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memerangi wabak pandemik ini hanya sia-sia.

Ayuh rakyat Malaysia, kita gempur wabak jahat ini dan kita mesti menang.

#stayAtHome
#staySafe
#kitamestimenang

Satu pencapaian yang positif. Sama-sama kita teruskan duduk rumah. Kita mampu putuskan penularan wabak…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 15 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply