Pemakaian topeng muka di pasaraya tidak diwajibkan

0

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri pemakaian topeng muka di pasaraya adalah tidak diwajibkan.

Malah beliau menyatakan jika terdapat individu yang tidak memakai topeng muka ia bukanlah satu kesalahan di bawah Akta 342.

Justeru, pihak pasaraya tidak boleh mengambil tindakan undang-undang sendiri dengan mengenakan halangan masuk kepada pelanggan dengan peruntukan di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan 342.

Berbicara lanjut, beliau berkata kerajaan amat menggalakkan pengunaan topeng muka kepada setiap pengguna.

“Inisiatif ini adalah sebagai langkah untuk menjaga keselamatan diri terutamanya bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan

“Justeru itu, kerajaan mencadangan supaya setiap pasaraya meletakkan topeng muka di luar pintu masuk untuk dijual kepada pelanggan yang tidak memakai topeng muka,” ujar beliau.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 07 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply