Pemakaian ‘face mask’ ketika memandu, perlu atau tidak?

0

Jika ditanya, perlukah memakai pelitup separuh muka atau ‘face mask’ ketika memandu?

Maka jawapannya adalah tidak perlu.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak kesihatan menyatakan kereta ibarat seperti rumah kita.

Berpegang kepada konsep rumah, tempat perlindungan paling selamat.

Oleh kerana itu tidak mungkin kita mahu memakai pelitup muka ketika kita sedang melepak di ruang tamu rumah sendiri bukan?

Tetapi mungkin kita perlu memakai pelindung muka atau ‘face mask’ jika ada tetamu datang ke rumah seperti tukang membaiki paip atau penghantar gas memasak.

Menurut KKM, kita perlu memakai pelitup separuh muka jika terdapat individu lain yang berada di dalam kereta dan bukan tinggal serumah dengan kita, lebih-lebih lagi jika individu terbabit mempunyai gejala seperti batuk dan selesema.

Perlukah saya pakai pelitup separuh muka ketika memandu?Jawapannya adalah tidak perlu.Ibaratkan kereta itu rumah…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 30 June 2020

“Dalam situasi ini, kita digalakkan untuk tidak menggunakan penyaman udara dengan mode kitaran udara dalam kereta (Recirculation) atau boleh saja buka tingkap kereta.

“Mungkin cadangan ini kurang bagus kerana cuaca panas dan berdebu,” ujar KKM.

Namun begitu, jika memandu seorang diri untuk ke lokasi jarak dekat, adalah lebih baik memakai ‘face mask’.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa perlu memakai ‘face mask’?

Ia bertujuan mengelak terlalu kerap menyentuh pelitup separuh muka kerana kemungkinan telah dicemari kuman.

Jadi lebih baik pakai saja walaupun ada orang lain yang senyum sinis kepada kita. Ia lebih baik daripada membuka, pakai dan membuka semula.

Antara faktor lain yang perlu diambil kira ialah memakai pelitup separuh muka ketika memandu boleh menjejaskan tumpuan pemanduan kerana apabila terlalu lama boleh menyebabkan pernafasan tersekat-sekat dan penglihatan terjejas.

Namun orang ramai turut diingatkan supaya memakai pelitup separuh muka yang selamat dan buat diri kita berasa selesa.

Ingat, sentiasa utamakan keselamatan.

Untuk rujukan lanjut, anda boleh klik link di bawah :

(https://blogs.webmd.com/public-health/20200624/do-i-need-to-wear-a-mask-in-my-car).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply