Pemain industri pelancongan akan dibantu

0

Impak atau kesan dihadapi pemain industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, bakal dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu depan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihak berkaitan diminta membentangkan kertas kerja bagi memaklumkan kesan serta apa usaha daripada pihak kerajaan boleh lakukan untuk membantu sektor berkenaan.

“Sektor pelancongan paling tertekan, banyak hotel terpaksa ditutup disebabkan masalah pandemik ini. Ini antara sektor mungkin mengambil masa paling lama untuk pulih.

“Ada unjuran mengatakan empat tahun baru selesai masalah dihadapi sektor ini tetapi dalam tempoh itu, berapa banyak lagi hotel akan ditutup. Maka MPN sedang melihat apa bentuk (bantuan) yang perlu disegerakan,” katanya ketika sesi wawancara disiarkan secara langsung di Facebook malam ini.

Ditanya pandangannya berhubung pemulihan negara yang terjejas akibat pandemik, Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau yakin Malaysia akan kembali pulih dalam tempoh yang tidak terlalu lama.

“Ada yang menyatakan kita akan kembali kepada keadaan sedia kala seperti pada tahun 2019, sebelum COVID-19 (melanda), tetapi jika kita ingat, pada tahun berkenaan pun, ekonomi kita tidak berapa baik, menguncup.

“Saya berkeyakinan, kita akan kembali kepada keadaan bukan saja seperti tahun 2019, malah lebih baik dari itu.

“Inilah pertama kali dalam sejarah negara, sistem kita terkesan begitu teruk sekali dari segi ekonomi, budaya dan pendidikan, semuanya terkesan,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply