Pelumba motosikal remaja Sepanyol, Hugo Milan maut

0

Pelumba motosikal berusia 14 tahun dari Sepanyol maut dalam kemalangan ketika perlumbaan di litar Motorland di Alcaniz.

“Dukacita dimaklumkan yang pelumba Hawkers European Talent Cup, Hugo Millan, meninggal dunia dalam satu kemalangan yang dahsyat,” kata laman sesawang Cuna de Campeones.

Millan, yang bertanding dalam European Talent Cup, terjatuh daripada motosikalnya ketika perlumbaan berbaki 13 pusingan.

Lapor AFP, bendera merah dikibarkan serta-merta, perlumbaan dihentikan, dan selepas mendapat rawatan kecemasan di atas litar, Millan dikejarkan ke hospital Zaragoza dengan helikopter.

European Talent Cup adalah salah satu kategori dalam FIM CEV, kejohanan antarabangsa untuk pelumba remaja sebelum mereka menyertai sirkit profesional.

Juara dunia MotoGP enam kali Marc Marquez mengucapkan takziah kepada keluarga Millan.

“Takziah buat keluarga, rakan-rakan dan pasukan,” kata pelumba Sepanyol itu.

Tiga bulan lalu, pelumba Moto3 Switzerland Jason Dupasquier, 19, terkorban dalam nahas membabitkan tiga motosikal ketika sesi kelayakan Grand Prix Itali di Mugello.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply