Pelukis mural wajah pemimpin negara ucap terima kasih di atas sokongan ramai

0

Tindakan biadap individu yang menconteng mural gergasi yang baharu sahaja siap dilukis pastinya menjentik rasa marah dan juga kecewa orang ramai, lebih-lebih lagi si pelukis mural berkenaan.

Tular dilaman media sosial apabila mural wajah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga Presiden parti PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa mural lain diconteng dengan beberapa kata-kata kesat.

Satu tindakan yang biadap!

Kejadian berkenaan kemudiannya telah mendapat tindakan apabila pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kelihatan segera melakukan kerja-kerja pemadaman mural berkenaan.

Mural gergasi wajah para pemimpin negara terbabit dijangka diconteng pada awal pagi tadi di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Walaubagaimanapun, menurut satu perkongsian, terdapat cctv di kawasan berkenaan yang merakam perbuatan jahat individu berkenaan.

Yang lebih menyedihkan adalah, setelah pihak MBSA memadamkan mural yang diconteng terbabit, si pelukis telah memuatnaik satu entri dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diterima dan turut menyatakan selepas ini tiada lagi mural berkenaan di kawasan terbabit.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3290450247679770&id=100001444818509

” Assalamualaikum semua..disini saya nk ucapkan terima kasih sebb support bakat saya..dan bagi saya tunjuk bakat pada semua..dan saya mintak maaf..tiada lagi mural di u12,..untuk org dtg brgambar..”Hero is Gone”. Terima kasih semua..😊 ” ujarnya.

Nampaknya sudah hilang satu daya tarikan di kawasan berkenaan dek kerana perbuatan khianat dan jahat individu lain 😢.

Kepada si pelukis, semoga deme taboh dan sabo banyok deh boh! (Semoga kamu tabah dan banyakkan bersabar ya).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply