Pelik tapi benar, terima kucupan lembu korban semasa swafoto

0

Seorang lelaki di Indonesia yang ingin berswafoto bersama seekor lembu korban dicium oleh lembu tersebut secara tiba-tiba sehingga menjadikan gambar berkenaan tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Lapor laman berita Suara.com hari ini, dalam gambar yang dikongsikan di Facebook itu, lelaki berkenaan sedang duduk di atas tanah bersama seekor lembu berwarna coklat.

Dia kemudiannya membuat isyarat ‘bagus’ sebelum lembu tersebut secara tiba-tiba mencium pipinya.

“Mohon maaf zahir dan batin. Salam Aidiladha 1442H #kenangan salam dari Gorontalo,” tulis lelaki itu pada kapsyen gambar tersebut.

Gambar itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang melahirkan rasa lucu melihat aksi spontan lembu tersebut.

“Cipta kenangan indah sebelum dijadikan bakso dan sate,” tulis seorang netizen.

“Nanti kamu tidak akan mendapat ciuman mesranya lagi,” tulis seorang lagi pengguna.

Ada-ada sahaja netizen.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply