Pelepasan cukai belia berusia 28 tahun ke bawah – Dato’ T Murugiah

0

KUALA LUMPUR 5 Oktober 2019 : Kerajaan disaran memberi pelepasan cukai kepada golongan belia dan beliawanis yang berusia 28 tahun ke bawah bermula tahun ini.

Sebagai golongan belia dan beliawanis yang baharu mahu memulakan kerjaya, membuat simpanan kewangan untuk mendirikan perkahwinan, membeli kenderaan dan rumah serta membayar pinjaman pelajaran, agak sukar jika mereka menghadapi tekanan bayaran cukai.

Demikian kata Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato T Murugiah merangkap Naib Presiden MIC kepada The Malaya Post.

Sehubungan itu Dato’ T Murugiah bagi golongan belia dan beliawanis ini harus diberi pelepasan bagi meringankan beban mereka memulakan kehidupan.

Jelasnya dengan kekangan ekonomi bagi golongan muda ini mereka harus diberi ruang dan peluang kerana pendapatan masih ditahap rendah sedangkan mereka mempunyai komitmen yang tinggi.

“ Dengan kekangan pendapatan yang rendah kenaikkan gaji setiap tahun juga membuatkan golongan muda ini, tergolong dalam kumpulan sederhana yang membayar bayaran cukai berlebihan dan tidak sepatutnya”, tegasnya.

Katanya lagi, Malaysia mungkin boleh mencontohi negara-negara luar yang memberi pengecualian cukai sebegini kepada golongan muda.

Sebelum ini, jelas beliau kerajaan Barisan Nasional pernah bercadang untuk memberi pelepasan bagi golongan muda ini, namun tidak dapat dilaksanakan selepas peralihan kuasa.

“Sehubungan itu, kita memohon untuk pihak kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini semula”, katanya kepada wartawan The Malaya Post.

Leave a Reply