Pelancong kesihatan dari negara kategori hijau dibenarkan masuk sempadan negara

0

Pelancong kesihatan dari luar negara dibenarkan memasuki sempadan negara menggunakan pesawat komersial bagi menerima rawatan di Malaysia.

Menteri Kanan Keselamatan Negara, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata individu yang terlibat hanya dibenarkan dari negara kategori hijau seperti Brunei, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand.

“Walau bagaimanapun perkara ini adalah tertakluk perbincangan bersama di antara Kementerian Luar Negeri dan negara terbabit berkenaan kebenaran pergerakan rentas sempadan negara masing-masing.

“Mereka yang terlibat perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di Lapangan Terbang,” jelas beliau.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 20 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply