Pelakon veteran Mohd Idris Mohd Diah kembali ke rahmatullah

0

Industri seni tanah air kehilangan seorang lagi pelakon veteran lelaki, Mohd Idris Mohd Diah yang dilaporkan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Berita sedih pemergian pelakon veteran versatil yang sering melakonkan watak bapa telah mula dikongsi netizen sejak pagi tadi.

Pelakon yang lebih dikenali sebagai Idris Md Diah, sering menghiburkan peminat dengan pelbagai watak drama televisyen termasuk siri popular drama 7 Hari Mencintaiku musim kedua yang mencipta fenomena dengan catatan rating 12 juta jumlah tontonan.

Sehingga kini punca kematian belum disahkan.

Kami dari portal The Malaya Post mengucapkan salam takziah untuk keluarga Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply