Pelakon Risteena Munim Isa Khan umum sudah bertunang 23 November lalu

0

Desas desus mengatakan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan bakal berkahwin kini telah pun terjawab.

Sebelum ini, Isa dan Risteena masing-masing memilih untuk merahsiakan hubungan mereka dari pengetahuan para peminat.

Menurut perkongsian di laman sosial milik Cst Production, mereka berdua telah melangsungkan majlis ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak Marina Putrajaya.

Pada ulang tahun kelahiran Risteena itu juga, Isa Khan telah memberitahu para media dan jemputan dia telah melamar Risteena ketika mereka berada di Bali.

Mereka juga telah mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu.

Leave a Reply