Pelakon Malaysia cipta nama di Indonesia, Aliff Alli kritikal akibat COVID-19

0

Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Aliff Alli dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana dijangkiti virus COVID-19 sejak Disember tahun lalu.

Aliff, 29, yang juga adik kepada pelakon Miller Khan dan abang kepada Isa Khan menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet sejak tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.

Menerusi satu kenyataan media tempatan, Peguam Asgar Sjarfi berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.

“Kebiasaannya dalam tempoh 14 hari akan pulih, tapi kini sudah hampir tiga minggu dan keadaan kesihatannya dimaklumkan semakin buruk dan kritikal,

“Keadaan penyakit Aliff yang makin serius itu mungkin berpunca daripada tekanan dihadapinya membabitkan masalah pergolakan rumah tangga serta kes perceraian dengan isteri, Aska Ongi.

“Proses perbicaraan cerai Aliff dan Aska masih lagi berlangsung. Masalah rumah tangganya itu pasti membuatkan Aliff kecewa, sedih dan tertekan,” ujarnya.

Untuk rekod, Aliff berkahwin dengan Aska pada 19 Disember 2018 di Bali, namun perkahwinan itu bertahan selama 11 bulan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alyssa Ismillah Khan.

Sebelum menikahi Aska, Aliff juga pernah mendirikan rumah tangga dengan model dikenali Nora Alexandra pada 2016 dan rumah tangga mereka hanya bertahan selama setahun.

“Beberapa kali kami sudah dipanggil pihak berkuasa berikutan laporan-laporan yang dibuat Aska mengenai dirinya (Aliff) hingga menyebabkan fikiran dia terganggu hingga tekanan itu melemahkannya.

“Saya dimaklumkan Alliff kini harus menggunakan alat bantuan pernafasan kerana keadaannya makin kritikal. Selain itu, dia juga dijadual akan dipindahkan ke hospital lain berikutan kekurangan peralatan perubatan,” katanya.

Oleh kerana, pihaknya perlu segera mencari hospital lain untuk memindahkan Aliff dan sekali gus anak guamnya itu akan mendapat rawatan lebih baik serta kembali pulih.

Menyelusuri pejalanan karier seninya di Indonesia, Aliff pernah membintangi filem Heart 2 Heart, Sinetron Kau Yang Berasal Dari Bintang dan Aisyah Putri The Series: Jilbab In Love.

Semoga Aliff diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply