Pelakon Jung Kyung Ho dan penyanyi kumpulan Girls Generation, Sooyoung bakal berkahwin

0

Bintang Korea Selatan, pelakon Jung Kyung Ho dilaporkan telah melamar penyanyi kumpulan wanita Girls Generation (SNSD), Sooyoung.

Pasangan selebriti terkenal itu dilihat sedang makan bersama di sebuah restoran Itali di Seoul.

Ketika itu pelakon Jung Kyung Ho sedang memegang sebentuk cincin dan menyarungkan pada jari Sooyoung.

Menerusi temuramah di program televisyen sebelum ini, dikhabarkan Jung Kyung Ho bersedia untuk melamar dan mengahwini Sooyoung bila tiba masa yang tepat.

Baru-baru ini seorang pegawai dari agensi Jung Kyung Ho juga mengesahkan bahawa pasangan ini masih mempunyai hubungan istimewa.

“Walaupun kedua-duanya sangat sibuk dengan jadual kerja masing-masing tetapi mereka masih mencari ruang untuk meluangkan masa bersama.

Pihak agensi menghormati hak individu masing-masing jika melibatkan hubungan dan perkara peribadi.

Jika pertunangan itu telah disahkan, pihak agensi akan memaklumkan kepada umum dengan segera”, kata pegawai dari agensi terbabit.

Sebelum ini, dilaporkan pasangan ini disahkan menjalinkan hubungan sejak tahun 2012.

Leave a Reply