Pelakon Ika Nabila bergelar ibu, selamat lahir bayi lelaki

0

Menimang cahaya mata pertama adalah saat yang paling dinanti-nantikan buat pasangan yang bakal bergelar seorang ibu dan ayah.

Begitu juga yang turut dirasai oleh penyanyi Kaka Azraff dan pelakon Elfira Loy ketika melahirkan anak pertama mereka baru-baru ini.

Selain Kaka dan Elfira yang telah menyambut kelahiran anak sulung pada bulan Oktober, pelakon Ika Nabila turut berkongsi saat indah bergelar ibu bersama para pengikutnya di media sosial.

Ika Nabila telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.25kg pada 23 Oktober (Rabu).

Difahamkan bayi sulungnya itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Ika turut berkongsi beberapa foto ketika sedang menyusu anaknya yang kadang kala terjaga pada tengah malam.

Para peminat serta rakan selebriti memberikan ucapan tahniah buat Ika dan suami atas perkhabaran germbira berkenaan.

Pelakon kelahiran Pulau Pinang, Ika Nabila dan pasangan, Muhammad Zaid Aznam telah diijabkabulkan pada 30 Julai 2016.

Leave a Reply